Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 1, 2009

50,000 rumah terbengkalai seluruh negara

KUALA LUMPUR, 1 Dis : Parlimen diberitahu hari ini bahawa sejumlah 31,824 pembeli menjadi 'mangsa' kepada 148 projek yang melibatkan 49,913 bilangan rumah terbengkalai sejak 1990 sehingga 30 September tahun ini.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Seri Kong Cho Ha (BN-Lumut)berkata daripada jumlah itu, hanya 12 projek telah berjaya disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CF).

Manakala sejumlah 49 projek dalam proses pemulihan oleh pemaju penyelamat dan pemaju asal dan 87 projek lagi masih terbengkalai dan dalam usaha mendapatkan pemaju penyelamat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai dan langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini khususnya bagi melindungi hak dan nasib pembeli.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list