SPRM kena sound
Hakim Perintah SPRM Jangan Ganggu Saksi Kedua Kes Rasuah Norza
TEMERLOH, 10 Nov (Bernama) -- Hakim Mahkamah Sesyen di sini Selasa melarang pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengganggu dan menghubungi saksi kedua kes perbicaraan rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzzaman.
Hakim Azuar Che Yusof mengeluarkan perintah tersebut selepas peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza, membuat permohonan.
Muhammad Shafee mengemukakan permohonan tersebut selepas Mohd Taupik Hussain dalam keterangannya mendakwa dia didera pegawai pegawai penyiasat SPRM ketika memberi keterangan berhubung kes itu kepada badan berkenaan.- + selanjutnya
1 comments:
MUHAHAHHAHA
TUAN KENA CAKAP KENA SOUN BUKAN KENA SOUND BARU BETUL
HE HE HE HE
Post a Comment