Rakan WARTAMAYA

Saturday, November 21, 2009

SPRM boleh 'lumpuh' - Akhbar


PUTRAJAYA 20 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan sebagai sebuah badan penguat kuasa secara berkesan sekiranya hanya dibenarkan menyoal siasat saksi dalam waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata, mengehadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan.

Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat.

Beliau menambah, SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam.

"Sebagai badan penyiasat profesional, pegawai-pegawai SPRM sepatutnya dibenarkan menyoal siasat saksi secara menyeluruh sehingga selesai.- + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 21, 2009 at 6:05 AM  

Dah lama SPRM lumpuh, bila SPRM bebas dari kongkongan PM dan BN?

LAWAN TETAP LAWAN,  November 21, 2009 at 7:47 PM  

SEJAK MAHKAMAH TINGGI MEMUTUSKAN BAHAWA sprm TIDAK BOLEH MEMBUAT SOAL SIASAT MELEBIHI WAKTU TERTENTU...MAKIN RAMAI PULA DAH NAK JADI MACAM LEBIH BERKUASA DARIPADA HAKIM MAHKAMAH TINGGI TU NAMPAKNYA......

CERDIK SUNGGUH RAKYAT 1MALAYSIA 1RASUAH NKI YEE...SENDIRI PIKIRLAH...SIAPA DEME-DEME TU YEE..

YANG PELIKNYA NAMPAKNYA MACAM CERDIK SANGAT TETAPI TAK PERNAH PULA MENJAWAT JAWATAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SEBELUM NI...HAIRAN YE ..ITULAH AGAKNYA 1MALAYSIA IRASUAH KOT

Blog list