Rakan WARTAMAYA

Monday, November 16, 2009

Sendiri tuduh, sendiri jawab


Shafie dakwa ada pihak cuba seleweng fakta BELB
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menolak kemungkinan ada pihak dalam Umno ingin menjatuhkan beliau dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pembangkang kononnya beliau terbabit dalam penyelewengan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.

"Mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab dalam Umno hendak seleweng fakta...ada unsur hendak menjatuhkan saya.

"Saya ikhlas menjalankan tugas membantu rakyat. Saya yakin berada di pihak yang benar. Saya berserah kepada Allah supaya terlepas daripada tuduhan berkenaan," katanya pada sidang media selepas majlis meraikan jemaah haji dari Semporna, di kediamannya, di sini semalam. - + selanjutnya

Ini namanya tektik bodoh. Tektik politik zaman ketuanan Melaka. Sendiri tuduh, sendiri jawab. Macam cikgu siap soalan, dia sendiri yang jawab. Nak promo diri sendiri.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list