Perjanjian beli air Singapura - Malaysia tamat 2011
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Perjanjian pertama pembelian air oleh Singapura akan tamat pada 2011, namun adakah Malaysia bersedia untuk memikirkan semula perkara baru berkaitan perjanjian itu?
Itu adalah persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perjanjian pembelian air daripada Singapura yang masih kekal pada harga 3 sen bagi 1,000 gelen sejak 1961 itu.
"Tahun 2011 tidak lama saja lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk melanjutkan perjanjian pertama itu atau tidak menyambungnya ataupun mahu berunding untuk perjanjian yang baru?
"Apakah yang akan kita buat? Saya rasa selain air terawat melalui kaedah NEWater, Singapura tentu masih perlukan 350 juta gelen air sehari," katanya di dalam blog http://chedet.co.cc.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment