Pelajar Kuis bantah yuran mahal

BANGI: Lebih 2,000 pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi di pekarangan kolej itu semalam, bagi membantah kenaikan yuran pengajian yang dikenakan ke atas mereka.
Kumpulan pelajar terbabit berarak membawa poster, membantah tindakan Kuis menaikkan yurannya secara beperingkat bermula pada 2006 dan lebih 50 peratus pada 2007.
Pelajar terbabit turut menyerahkan memorandum kepada pengurusan Kuis menuntut supaya yuran mereka dikaji semula. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment