Rakan WARTAMAYA

Saturday, November 14, 2009

'Orang dalam' KSSB terlibat curi pasir - Azmin


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mendakwa beberapa pihak daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB:), syarikat diamanahkan Kerajaan Negeri menguruskan aktiviti melombong pasir dipercayai terlibat menjadi dalang kes curi pasir di negeri itu.

Mohamed Azmin berkata, laporan polis telah dilakukan berhubung perkara berkenaan dan kini beliau sedang mengumpul bukti bagi memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya menerima aduan mengenai kecurian pasir yang menggunakan lori KSSB. Jadi saya nak tahu siapa yang terlibat dan apa tindakan yang akan dikenakan.

“Saya akan dapatkan salinan dan serahkan Kerajaan Negeri untuk teruskan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Negeri ditangguhkan, semalam.

Beliau berkata, perkara ini harus ditangani berikutan kegiatan curi pasir semakin berleluasa dan hanya menjejaskan pendapatan dan hak rakyat negeri ini. - + selanjutnya

Aku pun rasa cam tu .... harapkan pagar, biasanya yang makan padi adalah pagar sendiri.
Patut la mak bapak aku dulu buat rumah kat kampung tak mau letak pagar.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list