Macam mana SPRM hendak jadi macam FBI
Banyak pihak kurang setuju tempoh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadkan hanya pada waktu pejabat. Mereka mahu badan bebas itu dibenarkan menyoal siasat sepenjang masa seperti sekarang.
Ramai yang membandingkan SPRM dengan agensi sepertinya di dunia, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, yang dikatakan membenarkan siasatan tanpa had masa.
Baguslah sekiranya tempoh masa menyiasat agensi kita disamakan dengan FBI, CIA dan mana-mana badan penyiasat dunia – boleh soal siasat mana-mana suspek hingga 24 jam.
Tetapi, jangan masa menyiasat saja yang sama dengan FBI dan CIA. Kebebasan menyiasat dan profesionalisme juga hendaklah sama dengan badan-badan penyiasat terkenal dunia. Barulah orang hormat pada SPRM. - + selanjutnya
3 comments:
bro . kalau boleh SPRM ini harus menjadi spt FBI ... badan profesional yang boleh soal siasat 24 jam ..
Tak payah nak macam FBI tu lah....nanti tak pasal-pasal pulak makin ramai yang mati dalam siasatan..buat naya kat orang jee...
Kalau nak jadi macam FBI tu...puak-puak SPRM ni kena tingkatkan profesionalisme dan integriti mereka dahulu,,,baru boleh cakap.
Mengarut tak tentu pasal..sendiri pikirlah,,,,
Inilah akibat dah jauh dari ISLAM..sibuk nak buat penjara...bukan nak didik atau halang orang jangan MENCURI...sibuk nak SIASAT nak TANGKAP..prevention is BETTER than cure..kata orang hitam..hitam sebab kata2 ni SPRM tak RETI nak amalkan..
Post a Comment