Jangan politikkan tragedi jambatan gantung Kuala Dipang
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Tragedi jambatan gantung runtuh yang mengorbankan tiga murid di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar di Kuala Dipang baru-baru ini, tidak wajar dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika tragedi tersebut dijadikan isu politik, ia boleh memberi kesan psikologi serta trauma kepada mereka yang terbabit terutama kalangan para guru terlibat.
"Ada pihak menuduh guru bersalah dalam apa yang berlaku dan ini menyebabkan trauma kepada guru terlibat.
"Oleh itu, saya minta agar tragedi ini tidak dipolitikkan," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Konvensyen Perdana Kaunselor Organisasi Pendidikan di sini semalam. - + selanjutnya
Zarkarsut ...
0 comments:
Post a Comment