Ibrahim Ali cadang Wang Ihsan Dibahagi Dua
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen pada hari Isnin mencadangkan agar wang ihsan petroleum yang akan diberikan kepada Kelantan mulai tahun depan dibahagi dua iaitu 50 peratus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan selebihnya kepada kerajaan negeri.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata ia bagi memastikan wang ihsan itu diberikan dengan adil serta dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati mana-mana pihak.
"Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.
"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini.- + selanjutnya
8 comments:
BIAR TITIK JANGAN TUMPAH TAPI YANG SEELOKNYA BAGI LE 100% KEPADA KERAJAAN NEGERI YANG MEMERINTAH.
stuju, pasal kita anggap saja lah yang wang yang bahagian JPP tu akan hangus berlegar kat 2-3 kerat kroni
Ok la jugak drp tak merasa langsung. Kena ambil iktibar kes wang ehsan Terengganu...asyik besar jalan buat jalan..buat bangunan, stadium, masjid, kolam air bukan elok...bocor la, runtuh la..buat malu je..buat Taman Ilmu..tak berfungsi, buat Masjid Kristal..nak berjemaah pun tak boleh...rugi rakyat Terengganu...yang kroni2 kontraktor OK la dah rasa bahagian masing2..rakyat marhaen..apa dapat...digelakkan orang luar..satu dunia dapat email Ultraman serang stadium...malu2!!!!
Walau sikit gerombolan nak juga.Masih tamak hati busuk.
bahagi dua iaitu 50% kepada ibrahim ali dan lagi 50% juga kepada ibrahim ali....
negara kita demokrasi. mana-mana kerajaan yang dipilih rakyat sama kerajaan UMNO ke PAS ke, kerajaan negeri itu yang patut diber.rakyat sekarang semakin cerdik. Jika JPP diberi, percayalah rakyat akan beri lagi bukan sahaja Undi sokongan tapi simpati..Ringkasnya jangan malukan peristiwa ini kepada dunia demokrasi lain. bagilah pada kerajaan yg dipilih rakyat baru tak banyak polemik.
Ibrahim Ali ni tak Habis habis dengan menzahirkan sikap Munafik.Hikmah yang jelas lagi nyata yang allah tunjuk bagi mereka yang memikirkannya
Kalau KERAJAAN KELANTAN terima...ertinya WANG EHSAN itu sahlah dari segi putar belit BN Umngok..sedangkan itu WANG ROYALTI..wahai Beghaim Al Frogi...
Post a Comment