Hassan terus sokong Jais
Exco hal ehwal Islam Selangor berkata tindakan tegas yang dikenakan ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini antara lainnya bertujuan mengelakkan perpecahan di kalangan orang Islam di negeri itu.
Datuk Dr Hasan Ali, berkata beliau menerima laporan bahawa terdapat ceramah-ceramah agama dibuat di dua hingga tiga tempat berasingan dalam satu lingkungan kawasan yang kecil.
"Apa erti kita nak membangunkan Islam kalau buat (ceramah) berasing-asing?" katanya, ketika menggulung perbahasan bajet 2010 di DUN Selangor semalam.
Tambahnya, tidak timbul soal kekasaran dalam penahanan ke atas bekas mufti Perlis itu, yang disifatkan oleh pihak tertentu seolah-olah seperti untuk menahan pengganas, kerana penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terlatih dalam hal itu. - + selanjutnya
Tengok muka dia, aku teringat Langkawi ... lama dah tak pi sana.
Kalau dulu setahun 2 kali aku cuti.
0 comments:
Post a Comment