Harusanasini kata Asri wajar ditahan
IPOH - Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.
Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar. - + selanjutnya
Berkaitan
Pemberian tauliah oleh jabatan agama undang-undang lapuk & perlu dihapuskan - MP Kulim-Bandar Baru
Pagi ni aku tanya kawan aku "Sapa ajar agama pada anak nko?"
Kawan jawab, "Aku sendiri"
Aku tanya lagi ... "Kau ada surat tauliah?"
Dia tak jawab, tapi cuma ketawa.
9 comments:
Undang-undang tu tetap undang-undang,sebab manusia yang buat undang-undang,manusia mesti patuhlah....cuma dalam hal semacam ni tak ade ke perkara-perkara yang ada kaitan dengan BUDIBICARA atau yang sewaktu dengannya.......
Jabatan agama Islam Perak dan Selangor samalah dengan Jabatan Agama Islam BN
Apa nak jadi? jadilah seorang INSAN yang sebenarnya
harusani mufti UMNO dasn mufti kerajaan perpaduan...
Cakap pun dah sama senada dengan UMNO,
kalau zaman melaka dulu mubaligh islam nak tunggu tauliah nak sebarkan islam agaknya sampai sekarang kita masih sembah busut,agaknya ajaran qadiani di selangor tu dapat tauliah jais kot...
Harusani memalukan kulaan banjar aja.......
Aku org PAS, tapi aku sokong tindakan JAIS. Dr asri kerja dia duk memecah belah masyarakat dgn membawa ajaran sunnah perlis. di perlis sendiri perbalahan terus menerus berlaku, kerana apa? kerana mujudnya org seperti dr asri yg duk memecah belah. sikit2 tuduh org salah. dia saja yg betul dan ikut nabi. KALAU PAS AMBIK DR ASRI, AKU KELUAR PAS!!
Salam
Laisal Khabru Kal Mua’aayanati
Berita yang didengar itu sebenarnya lain dari apa yang dilihat sendiri.
lawat-lawat blog saya
http://barahinahmadi.blogspot.com/
http://persoalannabiisa.blogspot.com/
Wassalam
Post a Comment