Rakan WARTAMAYA

Monday, November 2, 2009

Fokus kepada Nasharudin dan Hasan


[...] Apakah yang berlaku kepada mereka berdua dalam mesyuarat malam tadi tidak diketahui. Yang pasti, mesyuarat itu telah mengambil keputusan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin Tuan Ibrahim diarahkan agar membuat penyiasatan terhadap PAS Selangor.

"Adakah Datuk Hassan akan disiasat," tanya seorang wartawan. Abdul Hadi menjawab, "PAS Selangor akan disiasat."

Apa yang hendak disiasat oleh Lembaga Disiplin ini tidak dinyatakan dalam sidang media itu. Namun, gelagat kedua-duanya sangat mencurigakan lebih 50 wartawan dan jurugambar yang memenuhi tingkat 4 bangunan PAS malam tadi.

Dalam pada itu, kecoh dalam blog sekarang tentang pertemuan antara kedua-duanya (Nasharudin dan Hassan) dengan sembilan blogger termasuk yang dikira pro Umno.

Antara yang dibincangkan adalah tentang cadangan kerajaan perpaduan dan juga serangan ke atas bekas seorang naib presiden PAS.

Menurut satu blog, rakaman perbincangan di rumah Hassan Ali itu akan diserahkan beliau kepada Tuan Ibrahim, sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list