Dr Asri diseret ke mahkamah
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai menyebarkan ajaran Wahhabi.
Beliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.
Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu pihak pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannnya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment