Rakan WARTAMAYA

Monday, October 26, 2009

Syor Nik Aziz tak masuk akal


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Pesuruhjaya Pas Terengganu itu juga berkata parti hanya akan mengadakan EGM untuk meminda perlembagaan parti dan bukan untuk 'mengubat parti' yang dikatakan sedang berdepan masalah.

"Tidak ada sebab untuk Pas mengadakan EGM. Tidak ada angin bertiup... pokok pun tak bergoyang, macam mana boleh tiba-tiba nak buat EGM kononnya nak tiru macam MCA dan Umno. - + selanjutnya

Note : Yang di kritik di dalam berita di atas adalah musuh UMNO, yang di puji pula adalah sebaliknya. Ahhh .. biasa la. Jangan tak pandai baca berita.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list