Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 28, 2009

Susahnya jadi ADUN PR di Perak



Baca laporan dari http://idhamlim.blogspot.com/
hari ni .. terpikir, betapa susahnya menjadi ADUN PR di Perak.

Belum lagi nak khidmat pada rakyat, nak masuk dewan pun susah. Dah la tu .. songkok dan jubah pun kena rampas.

Aku mohon mintak orang Papua New Guinea jangan jadikan Sidang Dun Perak sebagai contoh.

Share/Bookmark

5 comments:

Anonymous,  October 28, 2009 at 5:06 PM  

apakah mahazalim telah kembali???

tok iskandar October 28, 2009 at 6:15 PM  

Perkhemahan 1 Malaysia telah mengorbankan seorang rakyat Malaysia.2 lagi masih hilang.Memang mudah untuk berkata sudah suratan takdir.Cuba yang menjadi korban itu adalah anak-anak bapak menteri atau pegawai atasan kerajaan.
SPRM wajar menyiasat segala aspek mengapa jambatan yang baru siap 2 minggu digunakan,mengapa cuaca kurang baik tidak menjadi satu alasan untuk membatalkan atau menangguhkan perkhemahan 1 Malaysia.

Menteri Pelajaran,JPN Perak,PPD,Kontraktor,JKR,GB perlu dirangkumi oleh SPRM untuk soalsiasat.Lepas ni ianya akan jadi iktibar kepada mana-mana penjawat awam yang totok umno untuk membodek najib.

Jika berlaku pilihanraya di Perak,nescaya rakyat akan menghukum BN.Kita sama-sama tunggu dan lihat

tok iskandar October 28, 2009 at 7:10 PM  

semua nampakkan licik dan jijiknya umno yang membesarkan krisis dalaman PAS dan mengaitkannya dengan Anwar.Motif nak laga-lagakan TG Nik Aziz,TG Haji Hadi dan DS Anwar Ibrahim.
Penasihat depa ni yahudi kot.korang cuba baca kosmo yang memburuk-burukkan penduduk Memali yang menjadi korban dan mengaitkannya dengan PAS.
Sedarlah korang semua...musuh sebenar kita adalah UMNO dan BN.
Orang anwar akan dituduh sebagai pemecah belah PAS.Kerjasama PAS dan PKR berakhir dan jatuhlah kerajaan negeri Kedah bila adun PKR keluar dari Pakatan Rakyat.
Inilah idea jahat penasihat berotak yahudi dalam UMNO menurut seorang penganalisis politik

tok iskandar October 28, 2009 at 7:37 PM  

Nak ambik ke tak nak negeri ni?
Hutang lapuk banyak weh
kalau menang nanti teruk kena bayar hutang
kita tunggu kerajaan BN negeri ni habis bayar hutang dulu baru kita tawan negeri ni ok.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

anakpahang,  October 28, 2009 at 8:02 PM  

1MALAYSIA-Penuh dengan kejijikan

Blog list