Rakan WARTAMAYA

Monday, October 19, 2009

Sogok polis untuk bebas polis


AMPANG: Dengan beranggapan wang adalah segala-galanya dan dapat ‘membeli’ dua pegawai polis, seorang lelaki terperangkap dengan jerat sendiri apabila dia ditahan ketika cuba menyogok mereka di Balai Polis Pandan Indah di sini, tengah malam semalam.

Tindakannya itu bukan saja dianggap berani, malah boleh disifatkan sebagai biadab kerana lelaki terbabit yang memegang status penduduk tetap (PR) membawa wang tunai RM19,000 dan memasuki balai untuk bertemu dengan dua pegawai berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 40-an itu pada mulanya pergi ke balai polis berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam dan mahu bertemu dengan pegawai yang menyiasat satu kes pemerasan membabitkan tiga anggota polis. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list