Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 6, 2009

Rasuah : Usahkan pemimpin, jadi saksi perkahwinan pun tidak boleh


KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.

Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.

Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).

"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list