Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 6, 2009

Police freeze Tiong's jet and properties


KUALA LUMPUR: Several more properties and assets including a luxury Jet aeroplane worth millions of ringgit belonging to embattled Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Chief Executive Officer Datuk Seri Tiong King Sing have been frozen by the police.

It is learnt that police have invoked a section of the Anti-Money Laundering Act to (AMLA) the properties owned by Tiong.

Sources said the order to freeze the assets and property was served on Tiong Tuesday as part of police investigations into Tiong’s Kuala Dimensi – the turnkey contractor for the construction of the PKFZ for possible fraud, unsubstantiated claims and overcharging amounting to close to RM1.6bil. - + selanjutnya

Share/Bookmark

1 comments:

tok iskandar October 6, 2009 at 9:15 PM  

Isu Felda Sendayan: Isa Samad Temberang?
Rosli Yaakop
Dis 8, 2004
11:14am
http://www.malaysiakini.com/opinions/31968

Impian 500 peneroka Felda Sendayan dekat Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana rakan seperjuangan mereka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian.

Rumah banglo baru siap kerangka tetapi kini hampir runtuh dan deposit membeli rumah dan kereta yang dibayar sudah hangus.

Menunggu bayaran baki 90 peratus lagi bagaikan menunggu buah yang tidak jatuh sehingga tidak sedikit pula bilangan peneroka yang sudahpun kembali ke rahmatullah. Dengar khabar ada yang terpaksa menyewa rumah.
Pemaju projek, khabarnya Tabung Haji dan Naluri Berhad (milik Tajuddin Ramli, bekas “tauke” Malaysia Ailines Berhad), hanya mampu membayar kira-kira 10 peratus daripada nilai tanah yang dipersetujui, iaitu, sekitar RM1.2 juta. Setiap peneroka memiliki kira-kira 10 ekar tanah.

Kedua-dua syarikat itu dikatakan mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk menyelesaikan pembayaran baki yang sudah tertunggak sejak tahun 1993-94. Jumlah yang sudah dibayar kepada peneroka dianggarkan RM60 juta. Baki tertunggak ialah kira-kira RM560 juta.
Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang menjadi pelopor dan bertanggungjawab di atas projek berkenaan, sudah “lepas tangan.”

Bila ditanya, dengan selamba sahaja beliau menjawab: “(Saya) sudah tidak lagi bertanggungjawab kepada pembangunan Felda Labu Sendayan. Saya sendiri tidak tahu apa kesudahan pada perojek.” (Malaysiakini, 3 Disember 2004).

Menteri Besar yang baru, Datuk Seri Mohamad Hassan pula nampaknya buat tidak tahu sahaja. Mungkin beliau kecewa kerana dibebankan untuk “memikul biawak hidup.” Isa Samad nampaknya tidak ada apa-apa rasa bersalah.
Dalam pilihanraya umum lalu, kegagalan pembangunan Felda Sendayan menjadi isu besar tetapi peneroka terbabit telah termakan janji manis Umno-BN untuk memulangkan geran selepas pilihanraya. Selain itu, ada laporan yang menyatakan bekas Menteri Besar telah meminta peneroka terus mengundi Umno-BN kerana projek itu akan diambil alih oleh kerajaan pusat.

Calon Umno-BN Datuk Seri Mohamad Hassan dikatakan menang besar di kawasan peti undi berkenaan. Tetapi dalam sekelip mata sahaja, mereka sudah melupai janji tersebut.

Blog list