Rakan WARTAMAYA

Monday, October 12, 2009

Polis diperintah pulangkan sampel A Kugan ke hospital


Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengarahkan sampel yang dirampas daripada pakar patalogi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berhubung kes suspek curi kereta yang telah meninggal dunia, A Kugan, diserahkan semula kepada hospital itu.

Majistret Ho Kwong Chin menetapkan keputusan itu setelah mendengar hujahan daripada peguam yang mewakili pemohon iaitu ibu Kugan, N Surendran dan Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid yang mewakili pihak polis.

"Setelah mendengar segala hujahan lisan dari kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan bahawa spesimen dan barang yang dirampas melalui waran tangkap hendaklah dipulangkan kepada pihak PPUM dengan serta-merta," kata Ho.- + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 12, 2009 at 4:53 PM  

pulangkan nyawa sekali!!!

Blog list