Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 13, 2009

Pesawat tempur baru ganti MiG-29N


JERTEH 12 Okt. – Sistem pertahanan udara negara bakal diperkukuhkan melalui pembelian pesawat tempur pelbagai guna baru bagi menggantikan MiG-29N melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Selain itu, penambahbaikan inventori pesawat pejuang sedia ada juga akan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti teknikal kelengkapan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud berkata, pembelian pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) itu akan memenuhi spesifikasi kebolehan pertempuran yang diinginkan oleh TUDM.

‘‘Dalam blue-print TUDM, kita mengutamakan MRCA. Memang perancangan dalam RMK-10 bukan sahaja untuk menggantikan MiG-29N tetapi juga peningkatan kualiti inventori tempur kita,’’ katanya.- + selanjutnya
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  October 13, 2009 at 8:01 AM  

BN dah jadi macam pesawat tempur juga perlu diganti dengan pakatan rakyat.

Anonymous,  October 13, 2009 at 8:02 AM  

lagi ganti lagi masuk RM RM RM

Anonymous,  October 13, 2009 at 8:50 PM  

kalau negara diserang kita tembak pakai meriam buluh...

Blog list