Pendapat Dr Aziz menyenakkan pemimpin PAS
Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda
[...] Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.
Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.
Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.
Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.
Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS. - + selanjutnya
4 comments:
Alhamdulillah.... akhirnya ada juga pemimpin pas yg berfikiran terbuka menerima kritikan itu. sy seorang rakyat biasa yg sentiasa memerhati arus politik negara pada awalnya berasa kecewa apabila ada pemimpin pas pusat tidak mahu menerima kritikan yg dilontarkan Prof Aziz Bari, malah Prof Aziz pula dikritik semula. Disini, sebagai pemerhati, saya lihat PAS pun seakan sama dengan UMNO. Hanya mahukan komen/pujian daripada Prof Aziz, tapi bila mana Prof memberi nasihat, langsung tidak mahu bermuhasabah diri. Ketika Prof Aziz menghentam UMNO, PAS bersungguh2 menyokong pendapat beliau, tp apabila Prof melontarkan pendapat beliau terhadap PAS, eh.... xnk perima la plak. MALU! SUNGGUH MALU! ini hanya menurut pemerhatian saya. saya yakin, ramai lagi rakyat biasa (lantak la dgn pemerhatian org parti/org2 politik) mempunya pandangan yg sama dgn saya. Janganlah kita mengata org tidak mahu berubah, sedangkan diri sendiri tidak mahu berubah.
akihr kalam, tahniah buat Dr Mujahid kerana anda seorang yg bersifat terbuka.
kepada pemimpin PAS pusat yang lain, selalu lah tgk ke bawah! alert dgn pandangan rakyat, bkn pandangan ahli2 politik yg sekutu dengan anda. bermuhasabah lah diri agar rakyat tidak mencemuh ANDA!
RALAT>>>>
tahniah kepada Mohamed Hanipa Maidin (AJK PAS PUSAT)yg menulis artikel ini kerana berifikaran terbuka.
kalau pimpinan pas berkenaan bukan dikalangan mereka gila pangkat, nescaya mereka akan melepaskan jawatan!!!!
Saya menyeru kepimpinan Pas respons secara positif terhadap komen Dr.Aziz. Kalau Pas gagal atau enggan muhasabah atau mengelak daripada dimuhasabahkan tunggulah saat kemereduman Pas. Memang wajar D.Hassan Ali didisplinkan.
Post a Comment