Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 22, 2009

Laporan Audit dedah penyelewengan BN


KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan audit yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara baru-baru ini, jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir PR jauh lebih baik daripada yang diperintah Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan laporan positif dari segi pengurusan kewangan dan ini menjadi bukti pentadbiran PR telus di negeri bawah pemerintahan mereka.

“Kita bangga kerana laporan ini memberi petunjuk bahawa negeri di bawah pemerintahan BN penuh dengan penyelewengan, berbanding negeri di bawah PR,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, PR akan menubuhkan pasukan untuk meneliti laporan audit itu sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Kita telah bermesyuarat dua hari lepas dengan semua Ahli Parlimen PR dan seperti kenyataan pemimpin PR semalam (kelmarin), kita akan ambil langkah seterusnya,” katanya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 22, 2009 at 3:35 PM  

audit menunjukkan penyelewengan tapi SPRM kata tiada???

Blog list