Pemuda Umno mahu juarai perang cyber
ATAS kesedaran mengenai pengaruh internet dalam masyarakat, Pemuda Umno menggariskan "kemenangan perang saraf dalam dunia siber" sebagai penanda aras pencapaian bagi sayap parti Umno itu.
Langkah itu dilihat sejajar dengan senario politik semasa yang mana platform siber digunakan untuk melancarkan "perang saraf" melalui blog atau web portal online.
Ia juga senjata ampuh membentuk persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu.
"Ini satu kemajuan jika Pemuda Umno mengiktiraf pengaruh dan peranan media baru," kata pensyarah pengajian media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada Bernama ketika mengulas usaha Pemuda itu.- + selanjutnya
Klik gambar (KLIK)
1 comments:
Prof. ni iktiraf bahawa pemuda umno masih ketinggalan zaman.
Post a Comment