Pemilik CBD88 Beri Penjelasan
KUANTAN, 20 Okt (Bernama) -- Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Pahang, Datuk Kan Tong Leong yang menggunakan nombor pendaftaran CBD 88 tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai penyelewengan penggunaan bahan api berlebihan.
Katanya, beliau tidak lagi menggunakan kereta Proton Perdana milik kerajaan negeri sejak 2003 selepas tidak lagi menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).
"Kereta Proton Perdana itu adalah kereta rasmi yang disediakan kerajaan negeri kepada Exco untuk menjalankan tugas rasmi. - + selanjutnya.
3 comments:
Kereta sudah dilupuskan. Nombor pendaftaran masih digunakan. Kad inden kenderaan juga masih lagi digunakan!
Sistem apa ini? Inilah sistem pengurusan yang terbaik dalam dunia yang digunapakai oleh pentadbiran kerajaan Umno-BN.
Umno-BN anggap rakyat sukakah cara ini? Cara pemimpin Umno-BN mencuri duit kerajaan.
Ya! Sebab rakyat sudah diperbodohkan dengan slogan-slogan agung seperti Wawasan 2020, Malaysia Boleh!; Cemerlang, Gemilang, Terbilang; dll. Kini rakyat akan dibodohkan lagi dengan "1MALAYSIA" pula!!!
Patutlah diorang tak amik kisah walaupun minyak naik 2 3 kali ganda pun. Minyak Free what!
Isi je walau tak sampai seminit. Penuh plak tu
Tak faham le. Nombor 88 tu kalau bid berapa kena bayar erk? Datuk ni dapat nombor tu free ke? Apa hak dia?
Post a Comment