Pembalakan Pahang punca gangguan haiwan liar
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menerima 1,716 aduan mengenai gangguan haiwan liar berpunca daripada pembalakan di negeri itu sejak tiga tahun lalu.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada jumlah tersebut, 748 membabitkan aduan gangguan gajah, 122 (harimau) manakala 846 lagi aduan berkaitan kera.
Beliau berkata, laporan bagi tempoh 2006 hingga 2008 itu adalah serius kerana ia mengancam nyawa serta menyebabkan kerugian harta benda orang awam.
Beliau berkata, tahun lalu, kerugian dianggarkan RM474,120 membabitkan lebih 20,000 tanaman kelapa sawit, getah, pisang, durian dan kelapa yang dirosakkan oleh haiwan tersebut.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment