Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

PAS dalam keadaan tertekan?


PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang kini berada dalam keadaan tertekan dan tidak yakin untuk menang sehingga mahu menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini.

Beliau berkata PAS sengaja mencetuskan isu kononnya mereka tidak berpuas hati dengan beberapa beberapa isu yang berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pembangkang rasa tak puas hati dan dia minta SPR tangguhkan pilihan raya... dia konon tak puas hati.

"Pasal apa dia mahu tangguh? Sebab dia kempen tak cukup, dia tahu dia tertekan, jadi dia kata supaya bagi masa lebih sedikit," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau di sini hari ini. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list