Rakan WARTAMAYA

Monday, October 26, 2009

Orang lain main bola, Hassan sorang main ragbi


[ ... ] Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.

Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.

Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.

Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.

Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.- + selanjutnya
Share/Bookmark

7 comments:

Anonymous,  October 26, 2009 at 4:13 PM  

agenda hasan ali berjaya menjatuhkan pas dibagan pinang!!!

Anonymous,  October 26, 2009 at 4:14 PM  

Hasan ali boleh masuk UMNO, tapi UMNO tak suka ejennya dalam pas dikeluarkan!!!

Anonymous,  October 26, 2009 at 4:15 PM  

Kenapa hasan ali senada dengan khir toyo, nak buat banglo juta-juta juga ka??

Anonymous,  October 26, 2009 at 4:16 PM  

Kumpulan UG sewajarnya disingkirkan dari pas!!

Anonymous,  October 26, 2009 at 4:25 PM  

orang lain main bola, hasan ali main gila!!!

Anonymous,  October 26, 2009 at 6:37 PM  

Berita NTV7 7pm 26 okt soalan poll "patutkah TGNA letak jawatan dalam isu...' menunjukkan media UBN menyokong penuh kumpulan UG, tapi keputusan sms memihak kepada TGNA 73%

Anonymous,  October 27, 2009 at 1:44 PM  

bukan 73% tapi 90% sokong TGNA

Blog list