Rakan WARTAMAYA

Friday, October 30, 2009

Orang bunian buat jambatan maut?


Takziah kepada keluarga mangsa. Sekarang ni 3 mayat dah di temui, tapi yang bersalah dalam membina jambatan sedang di cari. Semua tak ngaku, jadi siapa yang salah?

Jabatan Pelajaran nafi terlibat bina jambatan maut

JKR dah tanya, sipolan pun mungkin juga, sipulun pun terus ngaku bukan dia. Perkara ni jadi misteri .. mungkin ada orang bunian yang buat kerja.
Kampung aku pada zaman dulu, nak kenduri pinjam pinggan mangkok orang bunian. Tak tahu sapa yang hantar, tapi dah ada kat rumah. Itu kata orang orang tua.

Rasanya kes ni pun serupa. Tiba tiba dah ada jambatan. Tak tau sapa buat.
Mintak mintak Tok Dukun, Tok Bomoh datang segera selesaikan masalah ni.
Share/Bookmark

6 comments:

tok iskandar October 30, 2009 at 11:43 AM  

setelah gagal menarik PAS menyertai BN,umno kini beralih kepada PKR untuk bergabung atas alasan perpaduan melayu
persoalannya,PKR termakan atau tak alasan sebengap ini.kita sama-sama tunggu dan lihat.
khabarnya agen umno sedang bergerak ke serata malaysia untuk menarik tokoh-tokoh PKR.
Kepada PKR,mulakanlah kerja-kerja pembersihan dalam parti

tok iskandar October 30, 2009 at 11:56 AM  

tok dapat kat blog xenan
Friday, October 30, 2009
JPN Perak Punca Tragedi Kem 1Malaysia Kuala Dipang?

Wa ade bersembang ngn cikgu2. Sekarang yg paling pening pasal Tragedi Kuala Dipang ni ialah JPN Perak.Ade yg kate ini adelah kifarah pada "kekejaman" JPN Perak pada guru2 Perak.

Mmg bukan rahsia sgt pon kes kekejaman kes JPN Perak ni.Ade satu kes cikgu yg menghalang guru besar dari melempang budak kelas die.Hasilnyer Cikgu ni "diblacklist" hampir 6 tahun.Blacklist ni maksud die, tdr kenaikan gaji hatta claim pergi kursus pon dibatalkan. Merana cikgu ni 6 tahun..gila betul.Semata2 GB die nih ade cabel baik ngn JPN.Kejam gile babeng!.

Balik pada Tragedi Kuala Dipang.2 point utama dr sembang2 cikgu ni yg wa sempat kutip:-

1. Sepatutnya 55 org guru pengiring dipanggil.Tapi hanya 13 org yg dtg.Bayangkan 13 org menjaga hampir 300 org murid.gila tak gila...sapa soh wat bukan time cuti sekolah?

2. Dari 13 org guru, hanya 2 jek yg menjaga bebudak tuh melintas jambatan pada malam kejadian.Apelah yg leh dibuat oleh 2 org guru vs 296 pelajar?

3. Pembinaan jambatan dan kem adalah directly under JPN.Hahaha..menjawab ler JPN.

Bg wa, JPN kene gi menjawab kat mak bapak yg tak pasal2 hilang anak ni.Ingat anak ni anak kucing ke?

N sile berhati2 dgn bangunan yg dibina oleh gomen.Chances runtuh adalah tinggi.Jadi elak kan berlama2 masuk pejabat gomen.Mungkin giliran anda akan tiba.wahahaha

tok iskandar October 30, 2009 at 1:03 PM  

sumber laman sesawang malaysiakini hari ni

Seorang kontraktor berpengalaman di Kampar berkata jambatan gantung yang runtuh dan mengorbankan tiga murid sekolah peserta kem 1Malaysia di situ malam Isnin lalu, mungkin dibina tanpa mengikut prosedur.

Pengarah urusan syarikat Jeram Bersatu Corporation, Mohd Kamal Rabaai berkata sekiranya prosedur itu dipatuhi, jambatan gantung di kawasan SK Kuala Dipang itu tidak mungkin runtuh dengan mudah.

Kalau tengok pada jambatan yang runtuh itu, saya rasa ujian tanah pun tidak dibuat," kata beliau yang juga telah meninjau kesan jambatan yang runtuh itu.

Mohd Kamal yang berpengalaman membina jambatan berkata, beliau mendapati tapak asas yang memegang sangga kabel jambatan itu, dibuat terlalu tohor dan tidak menggunakan cerucuk.

"Saya nampak ada yang tidak betul. Tapak asas pemegang kabel itu tak cukup dalam. Sepatutnya kena ada cerucuk, kurang-kurang pun 30 kaki," katanya.

Kontraktor berusia 41 tahun itu juga berkata, beliau percaya jambatan gantung itu direka bentuk sedemikian untuk menjimatkan kos.

"Kalau jambatan gantung macam ini saya ingat tak sampai RM30,000. Kalau dia bina jambatan konkrit mungkin cecah hingga RM200,000," kata Mohd Kamal.

Mengikut prosedur, katanya, seseorang kontraktor pada awalnya perlu memperolehi dokumen "surat mula kerja" daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN).

Dalam bidangkuasa JPN

"Ini kerana jambatan itu dibina dalam kawasan sekolah dan kawasan ko-kurikulum - kedua-duanya di bawah bidang kuasa JPN," kata Mohd Kamal yang berpengalaman sebagai kontraktor am selama 10 tahun.

Katanya lagi, seseorang kontraktor itu juga perlu membuat ujian tanah di kawasan terbabit serta ujikaji makmal.

Ahli perniagaan itu juga menjelasnya, khidmat ini disediakan oleh jabatan kerja raya dan juga oleh makmal-makmal swasta.

"Daripada ujian makmal ke atas tanah itu, barulah kita dapat tahu bentuk tanah di situ dan apa bahan yang perlu digunakan serta rekabentuk yang sesuai," kata Mohd Kamal lagi.
Setelah pembinaan selesai, tambahnya, JPN juga perlu mengeluarkan "surat boleh guna" untuk mengesahkan projek berkenaan selesai.

Menurut Mohd Kamal lagi, JKR tidak perlu menyelia projek berkenaan kerana JPN sendiri mempunyai unit teknikal untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil seperti ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam pembinaan jambatan maut itu.

"Saya tidak kenal siapa yang bina. Ada yang kata dari Kuantan, dari Pahang, macam-macam...," katanya

Yong October 30, 2009 at 1:37 PM  

Boleh tak orang bunian ni bagi kita pemegang kad kredit duit setiap sorang RM50.00 untuk 1 kad?

mie,  October 30, 2009 at 1:58 PM  

ni org bunian kelas F ke wak?

tok iskandar October 30, 2009 at 5:44 PM  

apakah kementerian pelajaran juga terlibat dengan projek perkhemahan 1 malaysia ni.
muhyidin kena jawab
sebarang dasar melibatkan kementerian biasa dibuat tanpa merujuk pandangan tokoh pendidik dan guru
contoh PPSMI
la ni tok dengar prasekolah akan dilanjutkan sampai 12.30
benarkah?muhyidin kena jawab ni nanti mak bapak budak-budak tu marah.
kesian budak-budak ni,kecik-kecik dah jadi mangsa jika benar Kementerian Pelajaran nak laksanakan prasekolah sampai pukul 12.30

Blog list