Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 25, 2009

Ni parti seks ke?



Tak der EGM, tak der Muktamar .. kata nye.
Ahli tak ada power, perwakilan tak ada 'say'.

Anjing duduk jauh sana. Tuan anjing nak sembang ramai ramai, senyap senyap.
Anjing tak der kerja .... "Shohhhh .. kau gi nyalak kat bukit tu"

Anjing boring nyalak sampai serak suara. "Ni parti apa? .. Parti seks ka? Senyap senyap ... shhh .. tiba tiba anak haram dah bertambah".
Share/Bookmark

6 comments:

Anonymous,  October 25, 2009 at 7:47 AM  

Malangnya, pro UMNO sudah berada di dalam barisan kepimpinan. Benda ni dah rancang lama, tapi sekarang hampir kukuh. Kerana tu mereka halang ahli bersuara. Majlis Syura untuk bincang antara mereka.

Silap silap, selepas SYura, mereka buat keputusan pecat Mursyidul Pulak. Usul tidak percaya.

Nik Aziz kata nak pecah, pecah la. tak payah nak sayang sangat ke PAS sekarang. kalau PAS pun dah macam UMNO, aku pun akan keluar PAS ramai ramai. Baik aku joint DAP melayu je.

Parti cuma platform. Tak ada PAS kita guna parti lain. Yang penting, anti UMNO.

Anonymous,  October 25, 2009 at 8:36 AM  

parti untuk ejen-ejen UMNO dalam PAS

Anonymous,  October 25, 2009 at 9:45 AM  

diam tanda setuju pinangan UMNO!!

Anonymous,  October 25, 2009 at 9:45 AM  

pro UG sama dengan masuk UMNO!

tok iskandar October 25, 2009 at 11:40 AM  

Ribut dalam cawan nampak menimbulkan sedikit gelora biarpun tak sebesar tsunami namun ianya tak boleh dipandang enteng.

Eloklah kita semua bersabar dan jika boleh jangan mengemukakan komen yang kurang adab dan sopan kerana musuh sebenar pakatan rakyat adalah umno dan BN.

Sedikit buah fikiran untuk dikongsi bersama,tiada masalah diadakan EGM seperti disarankan TG Nik Aziz atau diadakan majlis permukiman pimpinan tertinggi PAS seperti di Langkawi dulu untuk menjernihkan suasana.

Ramai yang tidak sedar kita berdepan dengan kemungkinan kehilangan 10 MP dan 2 Adun kerana menyertai demonstrasi haram.Jika semua menghadapi hukuman seperti Tian Chua,MP Batu,BN akan memperolehi semula majoriti 2 pertiganya di parlimen.

Ada penganalisis politik berpendapat ini adalah agenda najib untuk mengukuhkan dan memperkuatkan kerajaan BN.

apa pula tindakan Pakatan Rakyat.Eloklah diadukan kepada SUHAKAM,parlimen kesatuan eropah dan ke PBB untuk menunjukkan tindak-tanduk najib yang menjolok mata terutamanya krisis di Perak.jadikan perjuangan menegakkan keadilan di Perak ke peringkat global.bukan satu malaysia je tahu tapi satu dunia akan melihat betapa jijiknya speaker perak diheret keluar dewan dan dikurung dalam stor selama beberapa jam.tidak lupa juga ada yang membawa pistol ke dalam dewan...nasib baik tak ada yang kena tembak.

komenlah apa sahaja tapi biarlah beradab...kita bukan pencacai umno yang kini tengah bertepuk tangan menunggu pakatan rakyat rebah ke bumi

tok iskandar October 25, 2009 at 1:29 PM  

ulasan tentang bajet 2010.bajet gula-gula atau bajet kopi o.

1.kemudahan untuk tentera tak disebut dalam bajet.Benarkan Lembaga tabung angkatan tentera kini memiliki saham di dalam syarikat minyak BHP?mengapa tiada peruntukan atau insentif untuk tentera di dalam bajet 2010.nak kata mereka semua sokong pembangkang tak logik.buktinya dalam PRK Bagan Pinang tempohari.

2.Golongan miskin sepatutnya diberikan peruntukan tambahan elaun bulanan oleh kerajaan BN tapi mereka juga tidak diberikan penekanan oleh kerajaan BN.apakah mereka semua ini menyokong pembangkang sampai dianaktirikan oleh kerajaan.

3.Minyak dunia dah cecah usd79 setong.apakah jaminan kerajaan harga minyak tidak akan dinaikkan pada masa depan.

4.kelakarnya dalam bajet 2010,kerajaan nak beri insentif termasuk lesen kepada individu yang nak bina tadika di pedalaman.insentif termasuklah nak latih guru-guru tadika dan beri pinjaman kepada mereka untuk mendirikan tadika swasta.inilah namanya anak dirumah mati kelaparan,kera dihutan disusukan.ramai yang tidak tahu prasekolah di pedalaman serba daif dan kurang kemudahan.mungkin kerajaan tak peduli kerana rakyat di sini senang ditipu dan digula-gulakan.sepatutnya kerajaan beri perhatian dengan meningkatkan prasarana kepada prasekolah ini.kerajaan sebenarnya nak tolong prasekolah kerajaan atau swasta?di tempat yang tak ada prasekolah,boleh didirikan prasekolah.penganalisis politik berpendapat sebenarnya kerajaan ingin membentu tadika KEMAS yang selama ini banyak membantu kerajaan mengukuhkan kedudukannya terutama di kawasan pedalaman seperti tanah rancangan FELDA.

5.Felda,Risda disatukan di bawah 1 konsortium.semua tahu felda mempunyai banyak dana.apakah sekarang kerajaan BN cuba memonopoli Petronas dan Felda.MP Pakatan Rakyat wajar bersuara di parlimen berhubung perkara ini.

Blog list