Nasha perasan dia ok
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa Khamis menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya. - + selanjutnya.
Dia di pilih kerana kira undi waktu malam. Hari ni selesai undi, esok jam 10 baru tau keputusan.
Apa punya sistem di bro? Macam perompak kira duit waktu orang tidur. Kalau berani buat EGM dan kira undi depan perwakilan. Ada berani?
Aku contact kawan di Bachok, mereka kata, pilihanraya akan datang Nasha susah nak bertanding di Bachok kerana orang Bachok tak akan undi dia lagi. Diorang sanggup undi BN sekali pun kerana nak tolak Nasha. AKu kata " Jangan bro ... kita kena kuatkan saff" .. Diorang jawab, "Gapo saff? Dio dok peghosok saff, nak suruh kito kuak ke saff"... "Dio sughoh wala', dio sendighi dok wala. Nate beghok!" ... Uuishhh .. marah betul tu.
Kalau betul diorang punya cerita tu, kemana pulak Nasha nak pergi. Mungkin dia perlu tunjuk jaguh kat kampung halamannya di Negeri Sembilan. Lagi bagus kalau dapat tanding di Rembau, bertemu dengan khairy. Amacam ok tak?
12 comments:
Salam Wak.
Sebab itulah saya komen di blog saya, "Adakah undi perwakilan PAS yang diberikan kemenangannya itu menggambarkan kehendak Ahli PAS sendiri?
Saya yang berada di luar pagar PAS memang tidak berhak berkata apa-apa sedangkan Ahli PAS sendiri yang memilihnya.
Salam Tuan Mountdweller,
Tu namanya penyakit wala'. saya ada bertanya kepada perwakilan selepas sehari dari hari muktamar.Diorang sendiri pun pelik macamana nama yang naik adalah terdiri dari satu puak sahaja.
Diorang sendiri mushykil tapi tak berani nak sebut.
BIASA NYA ORANG YANG TAK OK ITU KATA DIA OK DAN SEBALIKNYA ORANG YANG BERMASAALAH ITU DIA CAKAP TAK ADA MASAALAH
KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN MASAALAH. BERILAH ORANG LAIN MENILAI DIRI KITA BAIK ATAU TAK BAIK.MANA BOLEH KITA YANG MENILAI DIRI SENDIRI
ok sangat. ana setuju ...
Salam.
Nampaknya isu UG dan 'pemimpin masaalah' masih terus dimainkan walaupun jemaah pimpinan PAS (JK Pusat & TGNA) dah mesyuarat dan buat beberapa keputusan. Masih ramai bloggers yg suka kalau isu ini masih berlegar2 di alam maya.
Mungkin bloggers PERASAN yang depa betui dan nak pastikan kepimpinan yang 'lemah & tak arif apa yg berlaku on the ground' perlu ditekan hingga pendapat kita yang 'betul' di terima!
Muga2 tidak menjadi pembawa fitnah samaada sengaja atau tidak, sudah!
Wallahu 'Alam.
SS, Semenyih.
Muka tembok le tu.
Mountdweller,
Apa yang berlaku diMuktamar Shah Alam mengenai pengundian,kena tanya Mustafa Ali.Walau pun Pengerusinya Us.Hassan Shukri tapi Mustafa Alilah yang kendalikan(mengerjakannya)semua. Mustafa Ali ni boleh "siku" Us.Hassan Shukri.Lihat betapa kuat dan powernya dia dalam Mesyuarat Khas yang diadakan baru-baru ni.Suara dia dengan suara Bakar Chik(2 suara) boleh kalahkan suara 75% AJK PAS Pusat.Inilah keanihan yang berlaku dalam PAS sekarang. Demokrasi entah kemana,kejujuran dah hilang dan penipu-penipu memegang jawatan penting.
Anom October 31, 2009 12:21 AM,
Baru aku faham mengapamustafa ali tak nak bertanding dalam muktamar lepas. katanya nak bagi peluang kat orang lain.
Rupa-rupanya geng ganu dah plan siap2 untuk lantik dari setiausaha agung. Kalau menang jawatan masa muktamar, mana bleh dilantik jadi setiausaha agung.
Semua depa dh plan awai-awai. PAS ganu dh jadi cam UMNO dah.....banyak muslihat.
pada aku, PAS yang dikontrol oleh puak ganu boleh ucap bye-byelah dalam PRU 13 nanti. Ganu pun dah terlepas sejak 2 PRU, apa yang depa boleh menang PRU13 dengan bantuan UMNO?
bat8
gila kuasa!! gila kuasa!! gila kuasa!!
Angan-angan siang hari nak jadi PM!!!!
Untuk Nasha, kalau kamu nak tau kamu tu bermasalah ke tidak, cuba buat EGM dan kita tengok apa kata ahli.
Nak buat EGM pun takut, pastu ada hati plak nak dakwa diri tak bawa masalah kepada parti. Jangan harap kamu nak dapat hormat dan wala' dari kami kalau begini sikap kamu.
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com
Salam!! Sebagaimana Jibril a.s membedah jantung (hati) Nabi SAW, maka sudah sampai masanya PAS dibedah untuk mengeluarkan darah-darah UMNO yang masih ada dalam jantung PAS.
http://mafiaboss2u.blogspot.com
Post a Comment