Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 1, 2009

Kugan : Konstable mengaku tak bersalah


PETALING JAYA 1 Okt. - Seorang konstabel polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menyebabkan cedera parah terhadap A. Kugan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada Januari lalu.

V. Navindran, 28 yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan cedera terhadap Kugan dalam usaha mendapatkan pengakuan salah mangsa serta maklumat tentang sesuatu kesalahan di bilik soalsiasat Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada pukul 7 pagi dan 4 petang 16 Januari lalu. - + selanjutnya

Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 1, 2009 at 4:00 PM  

SPRckM pun tak mengaku kes teoh beng hock

Blog list