Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 21, 2009

Ketua Audit Negara Puji Urustadbir Selangor


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

"Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list