Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 27, 2009

Kentut berbau durian



PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Sebelum tu, kata mereka biar mesyuarat tu yang selesaikan masalah. Kita pun diam .. tengok apa keputusan.

Tapi Semalam kecoh di laporkan oleh blogger blogger yang mangkok ayan a.k.a mangkok tingkat a.k.a. mangkok hayun. di Selangor mengumpulkan blogger dirumahnya. Sebelum berbincang, digemukkan dulu dengan durian. Diantara yang hadir adalah blogger di pihak sana. Sapa yang jemput mereka? Hangpa tanya dia. Dah selalu kerja sama kot?

Sementara di Harakah pula mengeluarkan artikel mengutuk kononnya ada blogger PAS yang bersikap seperti Cyber Trooper. Kononnya blogger cyber trooper pulak dah masuk dan mengaku sebagai ahli PAS. Weyyy .. cyber trooper dah pegi rumah mangkok ayun tu hangpa tak tanya ka?

Selama ni ramai blogger di belakang PAS, berjuang bertahun sebelum PRU12 lagi. Tapi sekarang dilabelkan sebagai musuh pulak. Buat keja kerana Allah taala. Tak minta gaji dari depa pun. Ada juga pengomen pengomen yang sindir kononnya kita tak di jemput, jealous.

Aku nak bagi tau pada hangpa la .. kalau setakat durian .. mak aii .. kat kampung aku melambak, tak termakan. Kami buat tempoyak untuk kirim kat sedara di KL. Nak bagi jiran pun tak boleh sebab semua pun ada dusun. Kalau hangpa nak tau ... kentut dari pagi sampai malam tak ghenti. Kipas usah cerita la...24 jam berpusing. Jadi nkorang tak payah ingat yang durian tu boleh pesongkan perjuangan. Lu silap komen la bro ..

Kalau lah ada lamousin datang menjalar ke rumah aku untuk suruh hadir sana, maaf .. aku bukan jenis tu. Tapi kalau di TG Nik Aziz nak jumpa aku, naik motor pun aku sanggup. Sebut saja dimana dan bila.

Semalam gua terima call dari kawan,"Bro .. gua dapat jemputan. Dia kirim dalam ruang komen. Kalau lu dapat, kita pergi sama"

"Kemana?" ... aku tanya. "Kerumah mangkok hayun", jawab kawan aku.

Nak tau ... Aku belum sempat tengok komen atau email pun, tapi aku jawab "Kalau mangkok hayun tu, lu pi la sorang. Ajar anak ikat kasut sekolah lebih berbaloi".

Last sekali, member aku pun sama tak pi.
Durian konon .. kah kah kah . .... Prooootttt..... tut ...tuuuttt.... proooootttt.. pweeeetetttt
(aku ketawa sampai terkentut bau durian. Semalam mak aku kirim dari kampung)

Mesti baca : Perisik rakyat
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 27, 2009 at 8:54 PM  

pakar motivasi ingat ahli pas boleh diperbodohkan!!!

Anonymous,  October 27, 2009 at 8:56 PM  

Jumpa bloggers UMNO sebab media massa UMNO penyokong kuat kumpulan UG.

Blog list