Rakan WARTAMAYA

Friday, October 23, 2009

Aku tolak lamaran Beyonce



Bukan senang aku nak cari isteri aku ni dulu. Berhempas pulas gak aku nak tackle makcik sorang tu. Sampai bergolok bergadai, menyabung nyawa rasanya. Maksud bergolok bergadai ni bukan lah sampai jual tanah, tapi setakat mengorbankan duit rokok aku sebulan untuk beli hadiah nak bagi kat dia. Maksud ‘nyabung nyawa’ tu pulak, sebab ada samseng kampong yang tahan aku kat simpang, sebab tak puas hati bawa anak dara kampong diorang untuk jumpa bakal mertua.

Aku tau .. nkorang pun lebih kurang aku juga. Bila nak tackle, bukan main lagi semangat. Semuanya nak bagi kat dia, terjun lautan api konon, tapi sekarang bila bini kata, “Bang .. tolong beli gula”. Nkorang jawab, “Aikk .. kan minggu lepas dah beli 2 kilo? Pinjam je kat orang sebelah”.

Isteri aku tu bukan la cantik mana. Cuma kalau Siti Nurhaliza jumpa dia, mungkin dia confuse sikit “ehhh aku tengok cermin ke ni?” Wakakak. TU ikut mata aku la. Mata orang lain aku tak tau. Cuma nasib baik masa bini aku muda dulu, Datuk K tak jumpa dia. Kalau tidak, kad jemputan kawin kami pun tak sempat nak cetak.
Nak jadi isteri aku pun kena ada syarat. Kena betul betul syok kat aku. Kalau cinta sikit sikit, tak main la. Maklumlah, aku ni cerewet sikit.

Bukan nak kata pompuan lain tak cantik. Kekadang mata aku pun gatal gak tapi aku tak minat nak tackle sebab kenangkan makcik sorang ni. Kita dok ngorat orang lain, si isteri ni dok tunggu aku kat umah.

Aku tak nafikan yang ‘figure’ aku tak macam dulu, tapi dia sayang aku macam mula mula kenal dulu. Kekadang aku rasa macam isteri aku ada masalah penglihatan, tapi aku caya dia ikhlas tu. Padanya, aku handsome macam 20 tahun dulu. ‘Figure’ aku pun bukan lah nya jauh bezanya, cuma kalau dulu otot aku kat dada, sekarang dah jatuh ke perut. Ada masa nanti, otot tu aku naik kan balik. Kembali seperti sediakala. Cuma sekarang ni sibuk sikit.

Kawan kawan ada Tanya, camana wak boleh kekal jodoh? Ye la .. 20 tahun kawin, tak cerai cerai. Aku kata, Itu kuasa Tuhan, aku tak boleh campur tangan tapi petuanya adalah pilih isteri yang betul cinta kat kita. Nak bertepuk kena dua tangan, baru la ada bunyi. Orang yang ramai isteri, aku panggil ‘bertumbuk” sebab dia guna tangan kaki. Tu bukan lagi bertepuk dua tangan, tapi dengan kaki sekali. Jumlah semua 4.
Kebanyakan jodoh tak kekal sebab pasangan kita ada hati dengan orang lain. Kerana itu, jalan terakhir diorang adalah untuk cerai. Bila cerai, pakat salah kan pasangan. Bila orang Tanya, dia jawab “dah tak der jodoh.“ Ye la tu .. salahkan jodoh plak.

PAS pun kena belajar dari aku. Kalau nak cari pemimpin, kena betul cintakan parti. Jangan pakai jacket PAS, tapi hati kat parti lain. Jenis ni kena cepat cepat kena ceraikan. Kalau setakat ahli biasa, tak per lagi. Kalau dah jadi pemimpin, porak poranda di buatnya. Api makan sekam.

Kalau isteri pakai seksi kat depan orang kampong plak, kita tak boleh tunggu sampai isteri kena rogol baru kita nak suruh dia ubah fesyen. Kita kena warning dia. “Nko nak jadi Beyonce atau kau nak jadi isteri aku?” Kalau dia pilih nak jadi Beyonce, suruh dia masuk kelas goyang bontot, pakai kan skirt, suruh nari atas pentas, Jual tiket RM500 sorang. Tinggalkan dia kat situ. Kalau simpan Beyonce kat rumah, satu rumah nanti jadi Beyonce. Bayangkan Beyonce bawak talam kuih raya, lalu depan paklong, maklong dari kampong. Tertanggal kupiah dibuatnya. Pulang dari rumah kita, maklong cakap, “Abang jangan datang rumah budak tu lagi”. Pak long yang sejak dari tadi tegamam, terus kesat air liur yang dah jatuh sampai kat dagu. Dah .. putus pulak sedara.

Gitu jugak dengan PAS, sebelum satu PAS jadi Beyonce, lebih baik suruh pemimpin tu pack barang. “Aku hantar nko ke rumah orang tua” Tu la cara nak cerai isteri. Jangan letak bini kat tepi jalan. Dulu kita ambik dia kat rumah mertua, sekarang ni kita hantar pulang ke rumah yang sama. Cakap ngan mertua. “Mak .. saya serahkan Beyonce ni pada mak. Kalau dia dah berubah, nanti saya ambil balik. Tak tahan tengok dia goyang bontot depan Pak Long” .

Maksud Beyonce tu nkorang dah tau kan? Kerana itu, PAS jangan jadikan sepsis Beyonce ni sebagai pemimpin parti. Rosak jodoh, rosak parti. Kalau dah perasan ada Beyonce dalam parti .. suruh dia blah. Kalau dia tak blah, aku yang blah. Lain kali aku undi parti lain.

Ok … talian internet hari ni memang cam SIAL. Cukup sampai di sini. Lain kali kita jumpa lagi.
Share/Bookmark

9 comments:

Anonymous,  October 23, 2009 at 8:08 AM  

Kalau Beyonce pakai jubah, cun wak

mangchikla October 23, 2009 at 8:11 AM  

teringat lagu lama 20 tahun lalu 'cukup sampai di sini sayang...' akakakakakakak

Anonymous,  October 23, 2009 at 8:21 AM  

Bukan ke di kampung dulu Beyonce ni nama dia bedah wak. Kalau tak silap aku la di sekolah kat Tg Karang.

mangchikla October 23, 2009 at 8:24 AM  

mmg 'bedah' tapi kpg kat paya jaras...

anakmuaallaf October 23, 2009 at 9:26 AM  

Betul wak..Kalau boyonce pakai baju kurung dan tutup kepala cikit dah jealous puak sebelah sana...
Pemimpin PAS ni pun satu hal hal bercakap bedegung-degang tapi arah tuju tak clear lagi ka..Akak selute kepada pemimpin yang cool n tak melatah...

Pro UG#,  October 23, 2009 at 10:58 AM  

Wak guna Berukband atau Sialkum ???

Sialkum memang sial.

azmie,  October 23, 2009 at 5:30 PM  

apa ni wak. gambar beyonce tu sekerat ja. potong stim betoi

Anonymous,  October 23, 2009 at 6:46 PM  

kalau beyonce pakai serban, apa kata hasan ali agaknya???

Blog list