Ke mana hilangnya Pak Lah
KUALA LUMPUR, Okt 16 – Ke mana perginya Pak Lah? Majoriti perwakilan dan ahli Umno yang hadir dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 tertanya-tanya ketidak hadiran bekas presiden dan Perdana Menteri Malaysia semasa Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan ucapan dasar yang pertama kalinya sebagai Presiden parti.
Sebelum ini, Pak Lah dan Tun Dr Mahathir Muhamad telah bersetuju untuk hadir dalam perhimpunan ini yang disifatkan kehadiran bersama dua tokoh bekas tokoh pemimpin Umno.
Bagaimanapun hanya Dr Mahathir yang hadir dalam majlis perasmian perhimpunan Agung Umno ini.
Pelbagai persoalan timbul di kalangan para perwakilan Umno berikutan ketidakhadiran bekas Presiden Umno ini. Mereka hairan memandangkan dua hari sebelum menjelang hari perhimpunan, Pak Lah sudahpun menzahirkan hasratnya untuk hadir.
“Apakah Pak Lah sakit secara tiba-tiba sehingga tidak dapat hadir ke perhimpunan ini? “ timbul persoalan dari kalangan ahli Umno yang hadiri dalam perhimpunan ini- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment