Kalau Kelantan mundur, Umnolah yang memundurkannya
KOTA BHARU, Okt 15 — Setelah Umno cuba mengulangi kembali idea silamnya, mendakwa Kelantan sebagai sebuah negeri mundur, para pemimpin PAS negeri amat menyedari sememangnya itu adalah sebahagian daripada strategi lapuk Umno dalam usahanya untuk menawan Kelantan.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, semasa menghubungi The Malaysian Insider bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Alwi Che Ahmad, yang mendakwa Kelantan masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain berikutan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya tahun lepas.
Abdul Latiff memberitahu, Umno berada di dalam keadaan terdesak kerana merasakan kredibilitinya kian terhakis akibat diancam gelombang politik yang tidak keruan sejak akhir-akhir ini memaksa mereka memanipulasikan keadaan bagi menutup beberapa isu negara yang tidak pernah selesai daripada terus menjadi perhatian rakyat. Malu dan mengaibkan! - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment