Kaji selidik hakim: Polis akan panggil Ibrahim
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi merakamkan keterangannya selepas beliau mendakwa wujud laman web Majlis Peguam yang menjalankan kaji selidik prestasi hakim di negara ini dalam tempoh terdekat
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, setakat ini pihaknya belum mengklasifikasikan laporan polis yang dibuat oleh Ibrahim itu di bawah mana-mana seksyen.
"Setakat ini, kita belum memanggil mana-mana individu dan siasatan kes itu akan ditentukan selepas kita meneliti laporan polis dan merakamkan keterangan pengadu (Ibrahim)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- + selanjutnya
1 comments:
ibrahim ali dan hasan ali, pelanduk dua serupa?
Post a Comment