Rakan WARTAMAYA

Saturday, October 24, 2009

Huhu .. ada yang dapat rasa ..


Selangor tolak cadangan Muktamar Agung Khas Pas

SHAH ALAM 23 Okt. - Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti.

"Sebaliknya, Pas sama ada di peringkat pusat atau negeri kini pada tahap yang terbaik daripada segi kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz menerusi laman blognya, http:// www.blogtokguru.com/ supaya diadakan muktamar agung khas bagi membolehkan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pas pusat. - + selanjutnya

Bang Assan suruh cakap ke? Wei mangkok ! Tahap terbaik kerjasama?
Share/Bookmark

6 comments:

Anonymous,  October 24, 2009 at 6:31 AM  

orang hasan ali kata sebab takut disingkirkan dari pas agaknya???

Anonymous,  October 24, 2009 at 6:34 AM  

penyingkiran perlu kerana terdapat pemimpin pas pro UMNO

Anonymous,  October 24, 2009 at 6:41 AM  

Kalau pemimpin pas puak UG tak letak jawatan, dah gila pangkat dan kuasa agaknya???

Anonymous,  October 24, 2009 at 6:42 AM  

pembersihan kepimpinan pas perlu untuk menang PRU13

Anonymous,  October 24, 2009 at 7:35 AM  

Selaku penduduk dan pengundi di DUN N17 Gombak Setia sejak awal lagi saya tidak berapa setuju DHA bertanding di situ. Saya lebih gemarkan Dato` Ustaz Ismail Kamus menjadi calon pada PRU 12 dulu atau sesiapa yang layak selain beliau. Jadi diharap jangan salahkan rakyat jika N17 berpindah milik kepada UBN jika beliau terus menjadi calon N17 pada PRU 13 nanti. Lainlah kalau DHA bertanding menjadi calon UBN. PAS tetap menjadi pilihan di N17 jika calonnya insan lain.

cina & india dah x sokong PR maa,  October 24, 2009 at 7:45 AM  

rakyat malaysia yang dah bosan perompak BN menjajah dan menjarah hasil masyul negara mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk melihat Malaysia diperintah oleh PR dengan lebih adil dan saksama pasca PRU13 nanti selagi wakil UmNO dalam PAS/PR ini tidak disingkirkan segera.

Blog list