Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

Dua polis didakwa peras ugut pasangan zina


KLANG – Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan melakukan peras ugut terhadap sepasang kekasih dipercayai bersekedudukan, tahun lalu.

Lans Koperal, Freedy F Dez Koimon, 27, dan Konstabel Rozaini Suheman, 26, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Liew Horng Bin.

Tertuduh didakwa secara bersama-sama memeras RM500 kononnya untuk tutup kes kepada seorang wanita yang dipercayai bersekedudukan dengan teman lelakinya tanpa nikah.

Mereka didakwa mengugut akan menangkap dan menyerahkan wanita itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekiranya dia enggan membayar wang tersebut. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list