Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

BN didakwa cabul Akta Bahasa


PORT DICKSON – Sasterawan Negara, Tan Sri A Samad Said berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang telah melanggar undang-undang negara dan tidak mustahil akta-akta lain akan menerima nasib yang sama.

Berceramah di atas pentas Pas, A Samad berkata, kerajaan telah mencabul Akta Bahasa kerana memperkenalkan dasar Pembelajaran, Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurutnya, pilihan raya seperti di Bagan Pinang inilah peluang terbaik kepada rakyat yang cintakan bahasa menunjukkan mereka tidak menyokong kerajaan yang ternyata tidak membela dan mengangkat bahasa ibunda sendiri.

“Perlukah kita menyokong kerajaan yang melanggar Akta Bahasa sendiri? Jika kita menyokong mereka bererti kita turut berdosa kerana membenarkan perlanggaran undang-undang berterusan,” katanya, malam tadi. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list