Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 28, 2009

Dewan tolak usul bahas jambatan runtuh


DEWAN Rakyat Rabu menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.

Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang.

"Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar.- + selanjutnya

imej : MKini
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  October 28, 2009 at 8:49 PM  

waris pelajar hendaklah menyaman kerajaan 1 malaysia, kerana program 1 malaysia...

tok iskandar October 28, 2009 at 8:52 PM  

Berani kerana benar.Dewan Rakyat macam dah jadi dewan umno.semua nak dirahsiakan....tak nak rakyat tahu.jika jambatan baru 2 minggu siap tak dapat tidak zambri kena jawab dan bertanggungjawab.muhyiddinpun sama.takkan salah GB je kot...

Anonymous,  October 28, 2009 at 8:56 PM  

sebab politik 1 malaysia, oleh kerajaan 1 malaysia... mempolitikkan pelajar..bimbang terdedah..

Blog list