Bagan Pinang : Pilihanraya Kecil Terlampau
1. Pengalaman saya menyertai pilihanraya umum dan juga pilihanraya kecil sejak 1985 yang lalu, rasanya inilah kali pertama (PRK Bagan Pinang) saya menyaksikan sebuah pilihanraya yang paling kotor dan cemar. Ianya dikotori oleh aksi ganas dan dicemari oleh provokasi yang melampau.
2. Saya biasa mendengar cerita orang-orang veteran parti bagaimana pergaduhan sering tercetus antara PAS dan UMNO apabila melibatkan musim pilihanraya. Namun ianya tidaklah menghairankan saya kerana pendidikan politik pada waktu itu tidaklah seperti hari ini.
3. Sungguh menyedihkan apabila universiti tumbuh seperti cendawan selepas hujan, graduan pula merata di seluruh negara dan negara telah mencapai kemerdekaan lebih setengah abad tetapi tahap berpolitik masih ditakuk lama iaitu menggunakan hujjah kekuatan bukan kekuatan hujjah.
- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment