Bagan Pinang penentu perubahan UMNO
PUTRAJAYA 30 Sept. - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bakal menjadi penentu semangat ahli parti dalam usaha mempercepatkan perubahan dalaman UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana pilihan raya kecil itu diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO Khas yang dijangka membentangkan pindaan perlembagaan parti itu.
"Ia penting kepada UMNO bukan hanya kerana ia merupakan kawasan yang secara tradisi diwakili UMNO.
"Tetapi juga ia bakal memberi suntikan semangat kepada para perwakilan untuk melakukan perubahan dalam menjadikan UMNO sebagai parti yang lebih baik serta demokratik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - + selanjutnya

1 comments:
Tak berubah nya. Calun pun calun lama, perangai pun lama. Kalau nak berubah, dulu dah berubah.
UMNO menggelembong
Post a Comment