Bagan Pinang akan ku kenang
[...] Selain dari bertugas saya juga dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dari Melaka yang hampir semuanya saya kenali. Isteri saya turut berada disisi untuk rayu undi saat-saat akhir bagi memastikan calon PAS menang dalam PRk B.Pinang.
Tiada yang tidak diingini berlaku di estate tempat saya ditugaskan melainkan sorakan sekali-sekali kedengaran antara dua kumpulan perayu undi, namun kelihatan perayu BN kebanyakannya dari orang India sesekali tenggelam dalam sorakan “rasuah!” dan “duit” mereka kelihatan anak-anak muda yang seolah-olah tidak tahu menahu apa-apa tentang politik dan hanya menjadi tukang sorak sahaja.
Di sebelah PAS antara kumpulan PAS Melaka ada beberapa kumpulan KPP (Kelab Penyokong PAS) yang bertugas, bilangan mereka di sekitar 20 orang dan dengan bangganya memakai baju PAS dan melaungkan undi PAS kepada pengundi-pengundi.
Saya rasa sebelum ini tidak terbayang oleh kepimpinan dahulu bahawa satu hari mereka dapat melihat orang India bermati-matian berkempen untuk PAS malah menjadi ahli KPP pulak.
Ada satu kes sebelum hari mengundi di estate Bradwall dimana pihak estet melarang post PAS dibuat dalam kawasan perumahan sedangkan MIC membina post yang agak besar di tengah-tengah jalan antara rumah dalam estet. Berkat KPP dan orang tempatan yang begitu bersemangat menyokong Pas mereka berkeras dengan pihak pengurusan, kalau MIC boleh buat mengapa Pas tidak boleh buat.- + selanjutnya
2 comments:
biasalah ..
Itulah demokrasi cara mic kot..
induk lagu mana?
2x5 ke?
ahli pas bertungkus lumus untuk memenangkan Pas tetapi pemimpin pas bertungkus lumus menjatuhkan pas. hasan ali!! hasan ali!!!
Post a Comment