Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 20, 2009

Artikel 'backing' Hj. Hadi dalam Harakah



Tuduh Presiden PAS Pro Umno: Pandangan Prof Dr. Aziz Bari disanggah

[...] PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. Pas tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun. Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan.

Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan Umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Datuk Seri Abdullah Badawi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008.

Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.

PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak PAS yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. - + selanjutnya

Gambar di atas tak der kena mengena dengan yang hidup atau mati. Mahupun yang gila kuasa.

Share/Bookmark

13 comments:

Anonymous,  October 20, 2009 at 4:24 PM  

kerajaan perpaduan hadi, nasa, tantawi dan hasan ali

Anonymous,  October 20, 2009 at 4:25 PM  

kalau nak kerajaan perpaduan masuk UMNOlah!!!

Anonymous,  October 20, 2009 at 4:26 PM  

ahli bertungkus lumus memenangkan pas, kumpulan kerajaan perpaduan mudah saja menjatuhkan pas

Anonymous,  October 20, 2009 at 4:27 PM  

Pas perlu EGM untuk menunjukkan sokongan kepada kepimpinan sedia ada!!!

Anonymous,  October 20, 2009 at 4:27 PM  

hadi pemimpin pas yang tak laku berbanding TGNA

Anonymous,  October 20, 2009 at 4:50 PM  

Bila orang tu bagi pandangan sokong hang, hang ambik. Terbitkan dalam harakah. Bila kena cuit sikit, hang luku. Kalau nak nafi pun pada-padalah. Sindir bukan main lagi.

Macam nak sama dengan depa kat sebelah sana! Ambiklah mana yang elok.

Yong October 20, 2009 at 7:23 PM  

Comel pulak motorsikal tu. Mesti ia ade kena mengena dengan yang separuh hidup dan separuh mati serta tak gila kuasa kan? kan? kan?

Mengapa sensitive sangat Ketua Penerangan PAS ni? Dah tu pulak menulis macam budak tingkatan 3 je.

Baca ayat berikut:
"Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof." Maknanya kot yang tuduh tu budak tadika boleh ye?
Atau ayat ni:
"Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah".
Bunyinya lebih kurang sama dengan kenyataan budak2 yang berkelahi, "Ini kepala bapak kau, berani ko pijaklah"

Dan banyak lagi kenyataan2 dalam rencana itu yang tak sedap dibaca oleh golongan akademik dan tak patut keluar dari mulut ulama yang dihormati.

Apa nak jadi dengan pimpinan PAS ni? Kalau nak belasah Prof Aziz Bari pun no need to hit below the belt lah.

hussin October 20, 2009 at 8:22 PM  

I

saya hormat kpd ustaz idris sbg bekas pensyarah kerana memilih utk bersama pas, syabas!

saya akur bahawa pas tidak pernah khianat kawan dlm apa keadaan sekalipun...tidak ada sejarah pas meninggalkan kawan dlm apa2 keadaan. bagaimana kalau saya katakan bahawa pas ingin mencipta sejarah?

pandangan prof aziz bahari dibuat berdasarkan kepada tindakan2 pas selepas pertemuan dlm gelap dgn umno. sejak mac 2008. sudah 18 bulan berlalu. dlm masa 18 bulan itu macam2 dilakukan oleh segelintir pemimpin pas. walaupun muuktamar pas ke 55 jelas menutup tirai dgn "memperkasakan pakatan rakyat" tetapi tindak tanduk selepas itu adalah songsang dari keputusan muktamar.

selepas isu muzakarah 'ditutup' dgn pertemuan di kota bharu, pertemuan2 'senyap' masih berterusan, sbg contoh di darby park. oleh kerana pertemuan2 yang dilakukan tidak ada di youtube, itu tidak bermakna ianya tidak berlaku dan tohmahan jahat semata2.

selaku ketua penerangan pas, ustaz perlu menyanggah pandangan prof aziz bahari sbgmana mahfuz pernah menafikan kewujudan muzakarah pas-umno. ustaz juga, insya' Allah, pada suatu hari nanti akan menarik balik sanggahan ustaz sbgmana mahfuz menarik balik penafian muzakarah. cuma penarikan balik sanggahan ustaz tidak akan berlaku sepantas mhafuz.

hussin October 20, 2009 at 8:23 PM  

II

utk memperkuatkan hujah ustaz bahawa tghh tidak gila sangat dgn umno, ustaz bertanya, kenapa beliau menolak awal2 lagi pelawaan dsab membentuk kerajaan bersama umno selepas pru 2008. jawapannya mudah ustaz. pertama, muzakarah umno-pas mendapat tentangan dari tgna. kedua, hayat pm singkat kerana tekanan dari seterunya.

kalau tghh gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana di awal tahun 1970an. pada waktu itu, darah mudanya memilih untuk berpolitik lalu menolak menjadi ahli akademik. berapa ramai pula yang ada ijazah sarjana dalam pas ketika itu? pada tahun 80an majalah asiaweek pernah menamakan tghh sbg pemimpin muda politik yang perlu diberi perhatian. 10 tahun lebih kemudian tghh diberi kepercayaan menjadi mb terengganu. walau bagaimanapun, ia hanya mampu untuk satu penggal sahaja.

hari ini tghh adalah presiden pas. di sekelilingnya adalah mereka2 yang bersamanyanya semasa memerintah terengganu. jangan pandang sinis kepada pengamatan prof aziz bahari walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam politik.

saya mengikuti pas sejak tahun 60an lagi sewaktu masih di sekolah rendah. pada waktu itu, orang2 melayu m emilih menyokong pas atau umno. pas dengan islamnya, manakala umno dgn melayunya. saya memilih untuk menyokong pas (walaupun belum boleh mengundi) kerana perjuangan islamnya. saya tidak pernah mendengar pas menyebut 'melayu' dalam ceramah2 yang saya ikuti selama lebih 40 tahun. tghh pernah dikritik kerana mempersoalkan deb. begitulah perjuangan pas.

hussin October 20, 2009 at 8:24 PM  

III

selepas meningkat usianya ke 58 tahun, 'ketuanan melayu' mula menari2 dibibir segelintir pemimpin pas. tak usahlah bercakap pasal tahalluf kalau bertindak songsang dari "memperkasakan pakatan rakyat". tak usahlah bercakap pasal tahalluf kalau bertinda songsang dari "pas for all".

sanggahan ustaz terhadap prof aziz bahari, bagi saya, hanyalah satu usaha yang jelas bagi mempertahankan 'pembohongan' oleh segelintir pemimpin pas yang terlibat secara langsung dengan "pertemuan dalam gelap" dgn umno! ustaz seorang yang terpelajar, bekas pensyarah pula, tolong sanggah apa yang saya kata.

apabila isu muzakarah tidak dapat disembunyikan lagi, tidak ada siapa pun mengaku bertemu dgn umno sehingga mahfuz, selaku ketua penerangan pas ketika itu, membuat penafian. kemudian paklah membuat pendedahan bahawa sudah 3 kali bertemu. pemimpin yang terlibat mencanang kononnya telah mendapat persetujuan majlis syura ulama. pokoknya ustaz, majlis syura yang mana, kerana ada di kalangan ahli majlis syura ulama tidak tahu menahu mengenainya? ini pembohongan kali kedua, untuk menutup pembohongan yang pertama!

apakah semua ini tidak diamati oleh penganalisis politik seperti prof aziz bahari? jangan zalimi diri ustaz hanya kerana wala'. ustaz lebih arif dari saya bab wala'. bolehkah wala' kpd mereka yang berbohong? ini bukan masalah mereka mengajak ustaz untuk menolak mana2 hukum. mereka tidak pernah berbuat begitu. cuma kali ini mereka jelas berbohong!

hussin October 20, 2009 at 8:24 PM  

IV

sanggahan ustaz terhadap pandangan prof aziz bahari saya anggap hanya superficial, ulang tayang perkara yang semua sudah maklum. tapi pandangan prof aziz bahari adalah dari pengamatan beliau kepada apa yang berlaku dlm pas.

saya masih lagi menyokong pas kerana islamnya. 'kemelayuan' yang mula menyusupi pas, jika berterusan dan berakar umbi, bukan sahaja akan menggoyahkan saya seorang tetapi ramai lagi pasti akan ikut serta. politik ustaz, politik. buktikan pas tidak peralatkan agama. walk the talk!

saya percaya ustaz telah baca apa pandangan setiausaha agung pas dalam malaysian insider - pas admits makkal sakthi helped bn's big win. apa pandangan ustaz dgn pandangan beliau. mungkin ustaz boleh bagi pandangan bernas kerana ustaz terlibat langsung dlm politik tidak seperti prof aziz bahari yang hanya terhegeh2 dari luar.

wallahu'alam.

hussin October 20, 2009 at 8:28 PM  

pembetulan. prof aziz bari ganti prof aziz bahari. maaf prof

Anonymous,  October 20, 2009 at 9:04 PM  

tengok & fikir dulu apa yang beliau kritik, jangan asyik melenting saja. Memang ada benarnya & rakyat, even Melayu pun dah menyampah dengan sikap PAS ini.

jangan PAS hancur kerana sikap BODOH SOMBONG kepimpinan pas sendiri

Blog list