Rakan WARTAMAYA

Monday, October 12, 2009

Anwar desak SPRM siasat Musa, pemimpin BN


BANGI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menyimpan aset atau harta yang melampau.

Penasihat Parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan Musa agar siasatan dijalankan terhadap simpanan ‘master account’ beliau yang didakwa berjumlah RM3 bilion adalah semata-mata bermotifkan dendam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, Musa sengaja mencari peluang untuk membalas terhadap apa saja siasatan berat yang dikenakan.

“Beliau (Musa) tidak boleh menjadikan perkara ini sebagai dendam peribadi dan sepatutnya beliau juga perlu disiasat oleh SPRM kerana sebelum ini terlibat dengan banyak kontrak,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis Public Talk 'Islam in Africa' di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di sini, semalam. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 12, 2009 at 4:46 PM  

SPRM adalah salah satu parti komponen BN,bagaimana nak siasat???

Blog list