Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 14, 2009

Anthony: PR juga perlu berubah


Menjelang pilihan raya umum ke-13, musuh Pakatan Rakyat yang terbesar ialah Pakatan Rakyat sendiri. Sekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi 'mangsa tsunami' dalam PRU ke-13.

"Jangan kita pula dijangkiti Denial Syndrome, hanya menyalahkan 'taburan gula' oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya... semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang. Mengapa kami kalah kali ini?"

Demikianlah muhasabah Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy ketika mengulas kekalahan besar PAS-PR dalam PRK Bagan Pinang, ketika menghadiri satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Antara ahli panel yang lain ialah Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini edisi bahasa Cina). - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 14, 2009 at 4:31 PM  

pembersihan juga perlu dilaksanakan terhadap pemimpin pakatan rakyat yang tidak selari dengan kehendak rakyat. singkirkan yang PRO-BN

Anonymous,  October 14, 2009 at 8:07 PM  

pemimpin pr dari pas seperti dr hasan dan kuncunya sangat mengecewakan pengundi pr bukan islam. ramai juga kawan kawan mulai ingin berpaling tadah dan tidak mahu mengundi pas kalau peristiwa dan cara mereka sama dengan umno. ramai penyokong pr kecewa dengan peristiwa di selangor.

Blog list