AMK mahu Khairy disiasat, isytihar harta
KUALA LUMPUR, 14 Okt:Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendesak kerajaan melalui satu badan bebas menyiasat harta-harta yang dimiliki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu ianya sebagai menyahut kesediaan Khairy yang sedia untuk disiasat berikutan dakwaan memiliki kekayaan yang sangat besar dan melampaui pendapatan beliau.
"Memandangkan terdapat kesediaan daripada Khairy sendiri untuk beliau disiasat, AMK mendesak PM Najib Razak supaya segera mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh Khairy yang sebelum ini merupakan menantu kepada Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda yang tentunya akan mendapat kelebihan politik (political advantage) daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan," kenyataannya dipetik. - + selanjutnya
1 comments:
Kalau diminta Najis atau kerajaan menubuhkan badan penyiasat bebas, jangan harap ia bebas sepenuhnya! Apa jadi pada SPRM dan banyak lagi badan-badan lain. Semuanya nanti akan memihak dan memenangkan Umno-BN.
Dan mengapa hendak siasat KJ sahaja? Apa halnya dengan yang lain-lain dalam Umno-BN?
Post a Comment