Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 1, 2009

Anggota polis didakwa punca kecederaan Kugan


KUALA LUMPUR: Anggota polis, Konstabel Navindran Vivekanadan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini berhubung kematian tahanan, A Kugan yang ditemui mati di lokap Balai Polis Subang pada 20 Januari lalu.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan teruk bagi mendapatkan pengakuan bersalah seseorang atau tuduhan pindaan Seksyen 330 kanun sama, iaitu menyebabkan cedera bagi tujuan sama.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata beliau memutuskan ada kes untuk pendakwaan selepas menilai semua bukti dikemukakan kepadanya selain penemuan pakar perubatan.- + selanjutnya

Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 1, 2009 at 5:28 AM  

Nak pilihanraya ni macam macam cara nak ambik hati.

Muahahaha

Anonymous,  October 1, 2009 at 9:42 AM  

boleh ke jaga peti undi pos, tak cedera ka peti undi tu???

Blog list